BOLA SEPAK, POLITIK DAN PENYOKONG
BOLA SEPAK, POLITIK DAN PENYOKONG Politik adalah satu proses atau kaedah membuatku keputusan untuk sesebuah kumpulan atau organisasi. Walaupun politik Sering dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan dan negara, politik ini juga boleh dikaitkan dengan badan korporat, akademik dan institusi lain seperti sukan terutama dalam bola sepak. Isu politik dalam bola sepak cukup sinonim dalam negara kita ini dan sering kali menjadi topik hangat dalam perbualan peminat bola sepak Malaysia. Sering kali bila sesebuah pasukan bola sepak negeri berjaya mendapat kejuaran dalam saingan liga atau piala pasti akan dikaitkan dengan keberkesanan barisan pentadbiran kerajaan negeri yang mengurus persatuan bola sepak negeri. Hal ini menyebabkan kita boleh melihat penyokong membentuk satu kelompok dimana akan ada kumpulan yang menyokong pasukan kerana ada ahli politik atau kerajaan yang disokong memimpin persatuan bola sepak negeri. Jika kerajaan bertukar tangan penyokong yang hanya menyokong kerajaan sebelum ini...