BOLA SEPAK, POLITIK DAN PENYOKONG
BOLA SEPAK, POLITIK DAN PENYOKONG
Politik adalah satu proses atau kaedah membuatku keputusan untuk sesebuah kumpulan atau organisasi. Walaupun politik Sering dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan dan negara, politik ini juga boleh dikaitkan dengan badan korporat, akademik dan institusi lain seperti sukan terutama dalam bola sepak.
Isu politik dalam bola sepak cukup sinonim dalam negara kita ini dan sering kali menjadi topik hangat dalam perbualan peminat bola sepak Malaysia. Sering kali bila sesebuah pasukan bola sepak negeri berjaya mendapat kejuaran dalam saingan liga atau piala pasti akan dikaitkan dengan keberkesanan barisan pentadbiran kerajaan negeri yang mengurus persatuan bola sepak negeri.
Hal ini menyebabkan kita boleh melihat penyokong membentuk satu kelompok dimana akan ada kumpulan yang menyokong pasukan kerana ada ahli politik atau kerajaan yang disokong memimpin persatuan bola sepak negeri. Jika kerajaan bertukar tangan penyokong yang hanya menyokong kerajaan sebelum ini berkemungkinan tidak lagi akan bersama pasukan dan akan wujud penyokong baru yang juga hanya menyokong sekadar atas dasar politik.
Kemudiannya kumpulan yang baru ini akan berbalah bersama kumpulan yang lama dan hanya bergaduh tentang isu-isu politik dan mengungkit kejayaan pasukan dibawah pentadbiran kerajaan masing-masing di media sosial berbanding mengambil berat tentang hala tuju pasukan. Maka timbul gesaan seperti #presidentout dan sebagainya hanya kerana perbezaan fahaman politik dan bukannya risau dengan pretasi pasukan. Hal seperti ini hanya akan menjadi bahan jenaka ketawa penyokong-penyokong lawan kerana sikap penyokong sendiri yang masih belum matang.
Adakah perlu politik dalam menguruskan pasukan bola sepak? Jika berdasarkan maksud politik pada perenggan awal artikel ini jawapanya perlu kerana politik adalah proses membuat keputusan dalam sesebuah organisasi. Sedangkan dalam mengurus perniagaan dan sekolah juga memerlukan politik namun biarlah mereka yang arif dalam bidang yang berkaitan untuk tadbir urus perjalanan organisasi. Jadi biarlah mereka yang mempunyai minat serta faham dan arif dalam bola sepak yang menjalankan kerja-kerja mengurus pasukan untuk membawa pasukan dengan progress dan visi yang lebih jelas.
Yang menjadi isu sekarang adalah ahli-ahli politik dari parti yang memerintah kerajaan negeri mengambil tanggungjawab dalam mengurus persatuan pasukan bola sepak tanpa sebarang rasa minat atau tahu tenang bola sepak dan lagi mengeruhkan situasi bila tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan tidak dilakukan secara beretika dengan melakukan untuk mendapat pengaruh dan wang.
Ulasan
Catat Ulasan