Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

FC Masih FA?

Imej
  Bermula musim 2021 nanti, pengurusan dan pentadbiran pasukan Kedah akan dipisahkan dari Persatuan Bola Sepak Kedah (FAK) dan menjadi kelab bola sepak ( Kedah Darul Aman FC atau KDA FC) untuk saingan musim depan atas faktor penswastaan semua pasukan bola sepak dalam Liga Malaysia sebagai syarat yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dimana membolehkan pasukan mendapat lesen AFC untuk ke slot Asia Champions League (ACL) dan AFC Cup jika layak dengan menjuarai Liga Super atau Piala FA. Walaupun syarat yang ditetapkan oleh AFC dan MFL mahu semua pasukan diswastakan bukan bermaksud menukar nama, logo dan sebagainya. Hanya tukar status dari persatuan kepada kelab sahaja kerana pasukan yang bertanding masih sama. Tidak perlu memperbaharui atau mengubah apa-apa yang sedia ada hingga menyebabkan perbalahan sesama sendiri akibat tidak memahami konsep yang dimaksudkan. Bertukar nama dan logo belum cukup untuk memastikan kelangsungan kelab terus bertahan. Dari pihak pengurusa...