FC Masih FA?
Walaupun syarat yang ditetapkan oleh AFC dan MFL mahu semua pasukan diswastakan bukan bermaksud menukar nama, logo dan sebagainya. Hanya tukar status dari persatuan kepada kelab sahaja kerana pasukan yang bertanding masih sama. Tidak perlu memperbaharui atau mengubah apa-apa yang sedia ada hingga menyebabkan perbalahan sesama sendiri akibat tidak memahami konsep yang dimaksudkan.
Bertukar nama dan logo belum cukup untuk memastikan kelangsungan kelab terus bertahan. Dari pihak pengurusan, barisan kejurulatihan, pemain dan penyokong juga perlu berubah kearah professionalisme dalam membentuk satu komuniti bola sepak yang lebih baik. Lebih penting pihak pucuk kepimpinan yang mengurus dan mentadbir organisasi sesebuah kelab perlu lebih professional dan berusaha untuk menjadikan pasukan yang mempunyai visi yang jelas dalam meningkatkan kualiti pasukan.
Untuk saingan musim depan juga Kedah akan beraksi di Piala AFC selepas muncul naib juara Liga Super musim ini. Pastinya banyak kerja yang perlu dilakukan oleh barisan pengurusan pasukan untuk memastikan perjalanan musim depan dan musim-musim seterusnya dikendalikan dengan lebih professional atau mereka yang 'ahli' dalam selok belok dunia bola sepak. Segala perancangan jangka masa pendek dan panjang juga perlu disediakan dengan lebih teliti agar pasukan tidak akan mengalami sebarang krisis pada masa akan datang.
Ulasan
Catat Ulasan