LIGA KEMBALI BERMULA
Berbaki 7 perlawanan, 21 mata maksimum menjadi buruan semua pasukan. Liga kembali bersambung selepas sekian lama terhenti akibat penularan pandemik virus "Corona Virus 19" (COVID) yang melanda Malaysia pada Mac lalu. Semestinya hanya kemenangan dicari dan setiap keputusan seri atau kalah akan menyebabkan pasukan-pasukan keciciran mata. Sudah pasti setiap pasukan akan beraksi sehabis baik dan perlawanan akan menjadi berintensi tinggi menguji kemampuan taktikal pasukan serta mental dan fizikal para pemain. Dengan perlawanan liga yang dipendekan pastinya pasukan yang keciciran mata atau gagal mengutip mata lebih mudah berada di zon penyingkiran. Beraksi tanpa penyokong sedikit sebanyak ada pro dan kontra kepada pasukan terutama pasukan pelawat kerana tidak perlu berdepan sorakan penyokong tuan rumah dan perlawanan boleh dianggap neutral.
#footballofkedah #fok #kitajagakita
Ulasan
Catat Ulasan