BAKI SAINGAN LIGA SUPER
Kedah akan mengharungi tiga
perlawanan terakhir liga dengan berkunjung ke Kuantan untuk bertemu Pahang FA
kemudiannya melayan kunjungan Melaka United di Darul Aman sebelum menamatkan
saingan liga berdepan Perak FA di Ipoh. Boleh dikatakan perlawanan menentang
Pahang, Melaka United dan Perak ini merupakan perlawanan getir dan menguji
kemampuan sebenar pasukan Kedah selepas menentang pasukan-pasukan yang tidak konsiten
dari segi pretasi dan momentum ketika beraksi serta masih bergelut dalam zon
penyingkiran seperti PDRM FA, Sabah FA dan PJ City FC pada
perlawanan-perlawanan sebelum ini.
Pahang FA walapun melalui
perjalanan liga dengan aksi yang agak kurang konsisten dan masalah-masalah
dalaman yang dihadapai mereka namun secara kasarnya Pahang FA masih antara
pasukan yang berpeluang untuk berada dalam kolompok pasukan teratas dengan baki
perlawanan yang ada. Walaupun kehilangan khidmat pemain prolifik mereka,
Muhamadou Sumareh tetapi skuad Pahang masih mempunyai ramai pemain-pemain yang
berkualiti untuk terus beraksi dan memberi saingan terutam berdepan Kedah pada
perlawanan kesembilan liga nanti. Stadium Darul Makmur bukanlah venue yang
“bertuah” buat pasukan Kedah ketika beraksi disana menentang Pahang tetapi
dengan aksi konsisten dan moral positif yang ditunjukan pemain Kedah ketika
ini, mereka perlu mengambil kesempatan diatas pretasi pasukan Pahang yang tidak
meyakinkan ketika ini.
Kedah akan melayan kunjungan
pasukan Melaka United untuk perlawanan selepas itu. Menentang Melaka United di
Darul Aman pastinya bakal menjadi perlawanan yang agak berintensi tinggi kerana
Melaka United antara pasukan yang konsisten dalam saingan Liga Super musim ini
dan berada dalam kelompok lima pasukan teratas liga. Mencatat 2 kemenangan dan
2 keputusan seri selepas liga kembali bersambung menyaksikan Melaka United
antara pasukan yang mampu memberi saingan untuk berada dalam kelompok “top 3”
liga musim ini dan mampu melakukan kejutan kepada pasukan Kedah jika tidak
mempamerkan aksi pada tahap terbaik pada perlawanan nanti.
Kedah akan menutup saingan
Liga Super dengan berdepan pasukan Perak FA. Pada musim lepas aksi derbi antara
kedua-dua pasukan dalam saingan liga super mencatatkan satu keputusan seri dan
satu kemenangan memihak Kedah. Kedah jugak mewaskan Perak dalam perlawanan
Akhir Piala FA 1-0 dimana gol dijaringkan pada aksi masa tambahan selepas
terikat 0-0 pada aksi 90 minit masa sebenar dan perak berjaya menewaskan Kedah
semasa perlawanan perisai komuniti pada awal musim ini. Pastinya derbi kali ini
tetap mempunyai intensiti dan saingannya tersendiri memandang kedudukan pasukan
Kedah ditangga kedua dan Perak di kedudukan ketiga hanya dipisahkan dengan
perbezaan dua mata sahaja selepas tamat perlawanan kelapan liga.
Tiga perlawanan akhir yang
akan dihadapai pasukan Kedah bukanlah perlawanan yang mudah dan akan menguji
kemampuan taktikal dan fizikal serta mental pemain-pemain memandangkan
pasukan-pasukan seperti Melaka United dan Perak FA masih berpeluang untuk
memintas Kedah dari kedudukan kedua liga. Kedah setidaknya kehilangan mata
dalam baki tiga perlawanan ini dan perlu mengutip walaupun satu mata dalam
perlawanan jika mahu menamatkan kedudukan ditangga kedua Liga Super 2020 musim
ini.
Ulasan
Catat Ulasan