KEDAH BANGKIT CIPTA KEMENANGAN
LIGA SUPER 2020
FA KEDAH 2-1 PJ CITY FC
KEDAH BANGKIT CIPTA KEMENANGAN CATATKAN KEMENANGAN KETIGA BERTURUT-TURUT
Pasukan Kedah mencipta kemenangan ketiga berturut-turut selepas bangkit dari ketinggalan dengan menewaskan PJ CITY FC 2-1 di Stadium Darul Aman. Walaupun menguasai perlawanan dan melakukan beberapa percubaan serangan pada awal perlawanan, pada minit ke-16' Kedah dikejutkan pasukan pelawat dengan jaringan Washington Brandao dos Santos yang membuat satu larian pantas bersama bola sebelum melakukan gelecekan melepasi kawalan Amirul Hisyam dan melepaskan rembatan dari arah kiri pintu gol pasukan kedah untuk menewaskan Ifwat.
Tersentak dengan jaringan tersebut Kedah kembali memperkemaskan permainan dan usaha memburu jaringan membuahkan hasil apabila diminit 24' bemula dari satu hantaran Rizal Ghazali yang tepat kearah Kpah Sherman dan Kpah membuat satu "turning" melepaskan diri dari kawalan pertahanan PJ City sebelum melepaskan satu tendangan "volley" yang deras ke arah pintu gol untuk menghasilkan jaringan penyamaan. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan terus memburu mencari gol pendahuluan walaupun beraksi dalam cuaca hujan dan keadaan padang yang agak lincin. Diminit ke-69' berpunca sekali lagi dari satu hantaran Rizal Ghazali yang berjaya dikawal oleh Kpah dan Kpah membuat satu hantaran leret mencari Kipre walaupun bola terkena kaki pertahanan PJ City terlebih dahulu namun Kipre berjaya menyambar peluang tersebut dengan melepaskan rembatan kencang dihadapan pintu gol lawan untuk Kedah mendahului 2-1. Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
kemenangan tersebut melonjakan Kedah ke tangga ketiga liga dengan mengumpul 10 mata, 6 mata dibelakang pendahulu liga JDT dan berkongsi mata dengan TFC 1 ditangga kedua dan UiTM FC ditangga keempat dengan hanya perbezaan jumlah gol. Kedah akan berkunjung ke Jengka untuk perlawanan seterusnya bertemu pasukan FELDA United.
#FOK #staysafe #kitajagakita
Ulasan
Catat Ulasan