KEDAH LONJAK KE TANGGA KEDUA LIGA
FELDA UNITED 1-2 FA KEDAH
Kedah meneruskan momentum kemenangan mereka dengan mencatat kemenangan 1-2 menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak pada aksi saingan ketujuh Liga Super. Ketinggalan satu gol pada minit ke-44’ menerusi tandukan Muhammad Syahmi Zamri selepas menerima hantaran Daniel Amir dan gagal diselamatkan Ifwat meletakan pasukan Kedah ketinggalan 1 gol untuk aksi separuh masa pertama.
Bermula babak separuh masa kedua, Kedah mengemaskan permainan dan mengatur serangan mereka untuk memburu gol penyamaan dan diminit 44’ satu hantaran tinggi daripada Shakir Hamzah mencari Tchetche Kipre yang sedang menuju ke dalam kotak penalti Felda United dan Kipre berjaya melepaskan diri dari kawanalan pertahanan sebelum membuat satu ‘half-volley’ menewaskan penjaga gol untuk jaringan pertama Kedah.
Hadin Azman menjadi wira untuk pasukan Kedah apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit 66’ selepas menerima satu hantaran leret Azamuddin yang memecah blok pertahan Felda United sebelum melepaskan rembatan deras yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Felda menyebabkan bola terlepas dan melepasi garisan gol untuk gol kedua buat pasukan pelawat.
Kemenangan tersebut menyaksikan Kedah mencatat kemenangan kali yang keempat berturut-turut dan menduduki tempat kedua liga enam mata dibelakang pasukan JDT yang mewaskan TFC pada perlawanan sebelum itu. Kedah akan menerima kunjungan Sabah FA di Stadium Darul Aman untuk perlawanan kelapan liga.
* Setiap data dan statistik untuk pasukan atau perlawanan dilakukan oleh pemerhatian yang amatur
#fok #staysafe #kitajagakita #pray4kotasetar
Ulasan
Catat Ulasan