KEDAH REBAH DI DARUL MAKMUR



PAHANG  2-1  KEDAH

Kedah gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas kepada pasukan Pahang pada aksi ke-9 Liga Super. Perlawanan yang disajikan dengan aksi menarik dari kedua-dua pasukan dengan corak permainan yang pantas dan saling melakukan serangan namun Pahang lebih mendominasi perlawanan dengan hantaran-hantaran yang tepat dan perlawanan ini cukup menguji ketahanan mental dan fizikal kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun Kedah terlebih dahulu menemui jaringan pada minit ke-15' menerusi penyerang Tchetche Kipre yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Pahang, Helmi Eliza yang gagal menyelamatkan bola hantaran Azamuddin dari sebelah kanan hasil daripada satu serangan balas pasukan Kedah. Pahang mengemaskan permainan mereka memburu gol penyamaan dan diminit 40' hasil jaringan Adam Reed yang membuat rembatan susulan dimana beliau melepaskan satu rembatan deras menewaskan penjaga gol Kedah, Shahril yang sebelum itu berjaya menyelamatkan percubaan pertama dari Ivan Carlos.

Kedah tersentak dengan jaringan kedua Pahang pada awal permulaan separuh masa kedua menerusi Nik Muhamad Sharif yang menerima hantaran dari Faizal Halim sebelum menggelecek bola melepasi kawalan pertahanan Kedah dan seterusnya membuat rembatan ke arah kanan pintu gol Kedah dimana sekali lagi menewaskan Shahril untuk kali kedua diminit 47'. Kekalahan ini menjadikan pasukan Kedah gagal meneruskan rentak kemenangan dan kini berada ditangga ketiga liga dibelakang pasukan Perak.


 *segala data dan statistik tentang perlawanan dan pasukan yang dipaparkan tidak 100% tepat dan dilakukan oleh pihak amatur

Ulasan