MANCHESTER CITY MULA LANGKAH KANAN
WOLVERHAMPTON WANDERERS 1-3 MANCHESTER CITY
Manchester City membuka kempen Liga Perdana Inggeris dengan mengutip 3 mata penuh selepas menundukan cabaran Wolverhampton dengan keputusan 3-1. Kevin de Bruyne membuka tirai jaringan buat City selepas mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-20'. Diminit 32' City berjaya menambah gol kedua dan kali ini menerusi Phil Foden yang memanfaatkan satu hantaran "cutback" dari Raheem Sterling dan terus melepaskan rembatan ke pintu gawang Wolves. City kekal mendahului Wolves dengan kedudukan 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Dibabak separuh masa kedua, Wolverhampton berjaya merapatkan jurang menerusi gol tandukan Raul Jimenes minit ke-78 selepas menerima hantaran dari Podence untuk kedudukan semasa menjadi 1-2. Diminit-minit akhir masa tambahan separuh masa kedua, Gabriel Jesus menambah gol ketiga buat Manchester City apabila berjaya melepaskan diri dari pergelutan perebutan bola sebelum melepaskan tendangan ke arah gawang gol yang gagal diselamatkan penjaga gol Wolves.
#fok #premierleague #wolverhampton #manchestercity #staysafe
Ulasan
Catat Ulasan