KEDAH TAMATKAN LIGA DI KEDUDUKAN KEDUA


PERAK  2-3  KEDAH

 

Kedah mencatatkan kemenangan keatas Perak dalam aksi Derbi Utara di Stadium Ipoh di perlawanan terakhir Liga Super 2020 sekali gus menamatkan saingan liga di tangga kedua. Keputusan ini juga melayakan Kedah untuk beraksi dalam saingan Piala AFC pada musim hadapan. Perlawanan Perak dan Kedah disajikan dengan aksi-aksi perlawanan yang sengit dari segi corak permainan, serangan dan beberapa siri percubaan bahaya oleh kedua-dua pasukan kerana Perak dan Kedah berpeluang untuk menamatkan liga di kedudukan kedua jika salah satu pasukan berjaya mencatatkan kemenangan.

 

10 minit pertama separuh masa pertama jelas dimiliki pasukan Perak yang bermula sangat aggresif dengan membuat tekanan keatas pasukan Kedah dan mengawal permainan selain melakukan serangan awal untuk memburu jaringan pertama. Ketika pasukan Perak ghairah mencari gol, satu hantaran jauh dari Faizat berjaya dikejar oleh Kpah Sherman dan membuat larian melepasi kawalan pertahanan perak sebelum menggelcek bola menewaskan penjaga gol Perak dan mudah menendang bola masuk ke pintu gol Perak yang sudah terbuka luas untuk Kedah mendahului satu gol kosong pada minit ke-28’.

 

Diminit 31’ berpunca daripada hantaran Kipre kepada Baddrol yang berada di kawasan tengah luar kotak penalti perak, Baddrol kemudiannya melihat kedudukan Danel yang tidak dikawal oleh pertahanan membuat hantaran ke depan kepada Danel untuk mengejar bola dan Danel tidak mempersiakan peluang dengan melepaskan satu rembatan kearah gawang perak untuk gol kedua pasukan Kedah.

 

Perak yang ketinggalan dua gol tidak terus mengalah dan menggandakan asakan untuk memburu gol, dan diminit ke-40’ pasukan Perak dihadiahkan sepakan penalti selepas Firdaus Sayaidi dijatuhkan oleh Rizal Ghazali. Kesempatan itu gagal dimanfaatkan Shareel Fikri apabila tendangan penalti beliau dapat diselamatakan oleh penjaga gol Kedah Azri Abd Ghani namun sepakan tersebut dibatalkan oleh pengadil dan Perak diberi satu lagi peluang untuk mengambil sepakan penalti. Leandro Dos Santos mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut dengan melepaskan tendangan kearah kiri pintu gol pasukan Kedah.

 

Perak yang kembali bersemangat selepas mendapat gol pertama terus mengasak ke kubu pasukan Kedah mencari gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama. Ketika perlawanan separuh masa pertama hampir tamat, Perak mendapat gol penyamaan menerusi tandukan Leandro hasil hantaran sepakan percuma oleh Rafiudin untuk Perak mengikat Kedah 2-2 pada aksi separuh masa pertama.

 

Bermula separuh masa kedua, Kedah lebih mendominasi permaian seawal wisel separuh masa kedua ditiupkan dengan melakukan beberapa gerakan serangan dan percubaan kearah gol namun berjaya dinafikan oleh barisan pertahanan dan penjaga gol pasukan perak. Diminit 63’ Kedah kembali mendahului perlawanan kali ini terhasil menerusi tandukan Renan Alves selepas menerima hantaran sepakan penjuru daripada Baddrol Bakhtiar. Walaupun Perak cuba untuk kembali mencari gol dengan melakukan serangan selepas itu namun barisan pertahanan Kedah ampuh untuk menyerap asakan dari lawan. Keputusan 2-3 kekal sehingga tamat perlawanan dan Kedah memenangi Derbi Utara ini untuk muncul sebagai naib juara Liga Super 2020.

 

#ligasuper #perak #kedah #staysafe 

Ulasan