PERAK vs KEDAH
Kali terakhir pasukan ini bertemu adalah pada perlawanan persahabatan merebut perisai ' Unity Shield' dimana Perak menewaskan Kedah dengan keputusan 3-1 di Ipoh. Dari segi momentum dan pretasi semasa untuk kedua-dua pasukan ini dilihat agak seimbang namun kelebihan sedikit memihak Perak yang akan beraksi di laman sendiri walaupun beraksi tanpa penyokong. Pastinya Perak lebih tahu keadaan padang mereka dan ini antara kelebihan kepada mereka untuk lebih selesa beraksi dalam perlawanan ini.
Perlawanan ini bukan sahaja menjadi pertaruhan taktikal antara kedua-dua jurulatih pasukan Perak dan Kedah tetapi melibatkan fizikal, mental dan kemampuan individu setiap pemain yang beraksi di atas padang nanti. Perlawanan ini pastinya sengit dengan aksi serangan pantas kedua-dua pasukan dan mungkin lebih banyak pertembungan fizikal sepanjang 90 minit permainan. Kedah bukanlah pasukan yang mempunyai barisan pemain tengah yang boleh menjadi 'playmaker' yang baik namun kelebihan dibahagian serangan yang diketuai oleh Kipre dan Kpah pastinya menjadi taruhan untuk pasukan kedah memburu gol.
Ulasan
Catat Ulasan