KEDAH REBAH DI DARUL MAKMUR
PAHANG 2-1 KEDAH Kedah gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas kepada pasukan Pahang pada aksi ke-9 Liga Super. Perlawanan yang disajikan dengan aksi menarik dari kedua-dua pasukan dengan corak permainan yang pantas dan saling melakukan serangan namun Pahang lebih mendominasi perlawanan dengan hantaran-hantaran yang tepat dan perlawanan ini cukup menguji ketahanan mental dan fizikal kedua-dua pasukan. Bagaimanapun Kedah terlebih dahulu menemui jaringan pada minit ke-15' menerusi penyerang Tchetche Kipre yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Pahang, Helmi Eliza yang gagal menyelamatkan bola hantaran Azamuddin dari sebelah kanan hasil daripada satu serangan balas pasukan Kedah. Pahang mengemaskan permainan mereka memburu gol penyamaan dan diminit 40' hasil jaringan Adam Reed yang membuat rembatan susulan dimana beliau melepaskan satu rembatan deras menewaskan penjaga gol Kedah, Shahril yang sebelum itu berjaya menyelamatkan percubaan pertama dari Ivan Carlos. Kedah ...